Too young,too sad

Too young,too sad ni merupakan gabungan puisi yang dah lama aku tulis. Yah harini aku nak kongsi disini ,sebabnya esok aku akan baca puisi ini di CORM,Jasin. kenapa too young too sad? dan kenapa aku gabungkan ? sedangkan kisahnya berbeza. ha nah sebab setiap kali aku tulis aku tak pernah tahu apa tajuk yang seseuai, sebabnya aku suka menulis isinya dahulu barulah cipta tajuk. heheh tapi kebanyakkan takda tajuk pun. Faham-faham sendiri dahlah apa yang aku cuba sampaikan

Gelap ini sangat rapat
tiada celah sedikit pun dimana tergambar cerah itu diatas langit
memang tidak ada atau mungkin cerahnya terlihat sangat jauh.

Kadang-kadang aku tidak ubah seperti fatamorgana di padang pasir
menari dikejauhan mencuba untuk menghiburkan "aku" tapi semestinya gagal.

Warna kehidupan yang masih kelabu
dalam menanti saat-saat getir
aku masih "aku" yang kelmarin
ditengah dada kosmopolitan kota Melaka
bergema disini kedengaran suara-suara-
barangkali ianya nyanyian nasib
dari aku kepada peminta
dari kamu kepada pengembara
dari mereka kepada penagih kota
mereka atau aku dan juga kamu penghuni kota dimalam hari.

---------------------------------------------------------------------

Dalam ratapan betapa kelam kehidupan
masih lagi berharap dikurniakan kekuatan dengan kasih sayang
ya!rindu
rindu antara aku dengan dia ( ABAH )
9 tahun lamanya tidak ketemu
takut rasanya saat mengingati masa lalu bersamamu
air mata jatuh tidak pernah kering

Air hujan yang jatuh itu-
menyimpan senandung liar yan membisikkan 1001 hikayat
setiap rintiknya membawa aku lembah rindu-
sekali lagi abah.

Hujan
dari kamu aku belajar bahasa air
bagaimana berkali-kali jatuh tanpa sedikitpun mengeluh pada takdir
tapi ya! aku manusia kan?
mengeluh itu hobi aku.

kerna

Pelangi itu sering terlewat untuk muncul
meskipun indah pelangi itu merupakan janji alam yang sudah pasti untuk memberitahu bahawa masa buruk telah berlalu.

--------------------------------------------------------------------------

Bening matamu menatap kehidupan yang begitu indah
dengan satu decak kagum uang begitu megha
sedang aku?
hanya mampu memandang hujung kebeningan matamumu dengan resah.

Ingin ku cuba kesan denai laluan remajaku
bagaimanakah akan tercari olehku denai remaja yang kelmarin?
mampukah alam mengingatkanku  akan dahan ingatan rimbunan pepohan zaman yang sudah entah kemana hilangnya
jika punya mesin waktu
bawakanlah aku ke zaman itu yang mungkin dimamah masa yang kejam.


Malacca medical center
09:17

Comments

Popular posts from this blog

urgg

What a mess siaa

Transitiions band